Thursday, October 29, 2009

Tunda beli XBox dan PS3.

Sebab aku dah register IELTS, aku tundakan dahulu hajat aku untuk memilik permainan console PS3 dan Xbox 360. Aku takde wang yang mencukupi untuk cover semua ni serentak. Biarlah dulu games tu. IELTS ni lagi penting untuk masa depan aku. Aku nak sambung belajar di luar negara. Nak jadi postgrad student. Kalau boleh nak pergi universiti di US. Tengoklah dulu nanti, aku hanya mampu merancang.

Paling kurang, aku dah ada PSP, Nintendo DS Lite, Wii dan PS2! Main la dulu benda-benda sampai rongak. Dah rongak nanti, baharu la tukar games yang baharu. Game bukannya boleh beli hari-hari macam beli ikan. Habis la duit aku yang sikit ni. Haha.

No comments: