Thursday, October 29, 2009

Economics yang kalut

Post ini adalah cubaan pertama aku bercakap tentang ekonomi. Aku bukan pakar ekonomi tau.. saja-saja je ni aku tulis apa yang aku fikir.. haha

Tiba-tiba aku terfikir tentang keadaan kewangan aku. Apa taknya, hutang study dulu masih belum langsai lagi. Kena jaga perbelanjaan dengan bijak. Agar tak susah hati sepanjang hidup.

Dalam masa 10 tahun lagi, apa lagi agaknya jenis perbelanjaan aku. Kereta? Rumah? Isteri? Pendidikan anak-anak? Haji? Fuh, banyak lagi wang yang diperlukan ni. Mampukah aku menyediakannya ...

Dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu, macam-macam boleh berlaku. Kena buang kerja, vss, bisnes tak jalan, pejabat ditutup, jenayah, penyakit berjangkit dan macam-macam lagi. Kena bersedia financially dan mentally.. kesihatan juga kena jaga. Sebab kesihatan ni antara modal paling penting utk cari pendapatan. Siapa nak ambil kita kerja kalau kita sakit?

Tiba-tiba aku nak cakap pasal ekonomi pulak.. haha

Ekonomi yang berasaskan wang (sebut sebagai kertas) amat merbahaya. Sebabnya, kertas ni tak being backed up oleh emas. Maknanya, jikalau nilai matawang kita diserang, habislah segala kekuatan duit kita. Maka, kita pun tak mampu nak beli makanan etc.

Pada pandangan aku, lebih baik tukar duit kepada emas, simpan dalam bentuk emas. Atau apa-apa saja material yang mempunyai nilai appreciate. Barulah kita dapat pertahankan kekayaan/wealth kita. Kekayaan dalam bentuk wang ni aku rasa amat merbahaya. Sebab bila-bila je matawang boleh jatuh.

Entah la..aku pun bukan pandai sangat. Fikir sendiri je ...

No comments: