Wednesday, November 4, 2009

Playstation Portable in da house

I owned a PSP slim for months now. Seriously its a damn good portable console!
I like it so much. Play it for hours - Loco Roco 2, Stardust, Pixeljunk Monster, God of War, Need for Speed Most Wanted are my list of the most coolest games in the world!

Tapi bila main PSP ni lama-lama, tangan akan rasa lenguh dan sungguh bosan. Penat giler tangan menekan-nekan butang-butang tu, apatah lagi aksi berlawan-lawan dan tembak menembak tu. Sungguh penat. Tapi takpa, janji seronok kan. Hilang juga la sedikit sebanyak rasa tension bekerja tu.

PSP slim sekarang ni dah turun harga sikit. Mungkin sebab PSP Go dah keluar. Boring la PSP Go nih. Game dia kena download dari Internet. Kalau orang tu takde Internet camne?

Korang kalau nak beli console ni hati-hati ye. Sebab banyak kedai game sekarang ni. Ada sesetengah kedai tu jual punya la mahal tak hengat. So sebelum beli tu survey dulu banyak-banyak kedai.

To me, buying consoles and games should be an enjoyable and memorable experience :)

Games wishlist

Today is another hectic and boring day. I spent most of my time at workplace surfing the Internet for information about callback functions, SSL, mozilla, and some facebooks. I need some motivations and spiritual healings..

Sekejap saja sudah masuk bulan November. Tak lama lagi adik aku akan menghadapi peperiksaan SPM. Moga dia berjaya dengan cemerlang, amin. Dan tak lama lagi juga, Hari Raya Haji bakal menjelma. Aku pun tak tau berapa hari bulan. Haha.

Dah dua hari aku tak main PSP aku. Sekarang ni musim aku layan Stardust. Aku memang suka sangat game ni. Tembak-tembak yang penuh dengan kacau bilau yang amat mengelirukan dalam skrin. Perghh.. Memang aku suka kacau bilau ni. Menguji tahap konsentrasi aku mengawal kapal angkasa. Haha..

Inshaallah, selepas assignment SSL aku ni siap, aku nak cari Playstation 3 atau Xbox 360. Game yang aku mahu semuanya dah ada dalam plan aku:

Dirt 2
Batman AA
Shift
Fuel
Red Alert 3
Modern Warfare 1 and 2
Civilization Revolution - mungkin. Kadang-kadang aku rasa macam game ni a bit boring.
dan banyak lagilah.

Malas aku nak senaraikan semua :D
Korang suka game apa? Which game do you like most? Which one is worth buying?

Thursday, October 29, 2009

Hoodie

Last few days, I bought myself a new hoodie. yay! It has been a long time for me holding on to my old hoodie... but now, I got a new one. And its a Nike!

In my place, its very hard to find a suitable hoodie for me. Nowadays, a lot of too funky dan too fancy designed hoodies are sold at the superstores. But its not my taste. I like a medium sized and plain-low-profile color.
Finally I got one. Its a bit expensive, but to me its to valuable than the money spent in getting it :)

Do you like hoodie too? Well, I am a big fan :)
One day, I'm going to get myself a hoodie printed with MIT logo. Haha...

Hari ini bosan. PSP kan ada.

Hari aku hari ini teramatlah membosankan. Nak tahu kenapa sungguh bosan? Ni dia aku nak bagi tahu korang semua.

Aku ni paling benci buat kerja yang unplanned dan kerja yang tidak dibekalkan dengan arahan/spesifikasi yang lengkap. Aku paling benci orang berlagak terer, dan berlagak macam bagus, rasa diri terlalu bagus berbanding dengan orang lain. Aku memang bengang. Dan bila aku bengang, orang aku terkejut dengan kebengangan aku dan terus takut untuk bagi aku bengang lagi.

So, jangan buat aku bengang. Aku ni pekerja yang rajin. Aku deliver semua kerja-kerja aku. Tapi jangan bagi aku kerja yang tak spesifik, tapi in the end harapkan hasil kerja yang spesifik dari aku. Memang aku pelangkung la lepas tu. Nak suruh aku buat apa, cakap siang-siang. Cakap bagi jelas, terang dan lengkap.

Feel like want to play Stardust on my Playstation Portable. Hari-hari aku main game ni. Memang aku suka la game shoot them up ni. Then, aku suka juga Pixeljunk Monsters. Sungguh berstrategi game ini! Tapi aku kadang-kadang tension juga tengok musuh-musuh dalam tu. Sungguh menyakitkan hati .. sabar je la.

Game yang bakal aku cari selepas ni adelah Need for speed Shift dan Resistance 2. wacaa..!

Economics yang kalut

Post ini adalah cubaan pertama aku bercakap tentang ekonomi. Aku bukan pakar ekonomi tau.. saja-saja je ni aku tulis apa yang aku fikir.. haha

Tiba-tiba aku terfikir tentang keadaan kewangan aku. Apa taknya, hutang study dulu masih belum langsai lagi. Kena jaga perbelanjaan dengan bijak. Agar tak susah hati sepanjang hidup.

Dalam masa 10 tahun lagi, apa lagi agaknya jenis perbelanjaan aku. Kereta? Rumah? Isteri? Pendidikan anak-anak? Haji? Fuh, banyak lagi wang yang diperlukan ni. Mampukah aku menyediakannya ...

Dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu, macam-macam boleh berlaku. Kena buang kerja, vss, bisnes tak jalan, pejabat ditutup, jenayah, penyakit berjangkit dan macam-macam lagi. Kena bersedia financially dan mentally.. kesihatan juga kena jaga. Sebab kesihatan ni antara modal paling penting utk cari pendapatan. Siapa nak ambil kita kerja kalau kita sakit?

Tiba-tiba aku nak cakap pasal ekonomi pulak.. haha

Ekonomi yang berasaskan wang (sebut sebagai kertas) amat merbahaya. Sebabnya, kertas ni tak being backed up oleh emas. Maknanya, jikalau nilai matawang kita diserang, habislah segala kekuatan duit kita. Maka, kita pun tak mampu nak beli makanan etc.

Pada pandangan aku, lebih baik tukar duit kepada emas, simpan dalam bentuk emas. Atau apa-apa saja material yang mempunyai nilai appreciate. Barulah kita dapat pertahankan kekayaan/wealth kita. Kekayaan dalam bentuk wang ni aku rasa amat merbahaya. Sebab bila-bila je matawang boleh jatuh.

Entah la..aku pun bukan pandai sangat. Fikir sendiri je ...

MIT, anyone?

Susah sangat kah untuk masuk ke MIT? Ada sesiapa yang pernah mohon tak? Ada sesiapa berani mohon? Hehe. Kena power in maths dan science rasanya. Memang tempat tu research mereka tahap gaban kot.

Kenapa ramai orang nak sangat masuk MIT ni? Apa kelebihannya jadi graduate MIT?

How hard is MIT's life and examinations? How hard is it to stay alive at MIT? Anyone has any experience? Mind to share : )

Ada sesiapa pernah study di United States? Orang Amerika ni bagus-bagus kah?

Ayam goreng dan kompaun

Aku baharu saja belajar letak iklan dalam blog aku ni. Selepas ni nak letak lagi gadget yang menarik.

Tengahari tadi aku makan ayam goreng. Dah lama tak makan kat situ. Tiba-tiba masa nak balik ada surat saman pula kat wiper. Bukankah sebelum ni tempat tu takde parking berbayar. Sejak bila pula dah kena bayar.
Alamak kena bayar kompaun la pula....
Selepas ni malas dah parking kat situ.