Wednesday, November 4, 2009

Playstation Portable in da house

I owned a PSP slim for months now. Seriously its a damn good portable console!
I like it so much. Play it for hours - Loco Roco 2, Stardust, Pixeljunk Monster, God of War, Need for Speed Most Wanted are my list of the most coolest games in the world!

Tapi bila main PSP ni lama-lama, tangan akan rasa lenguh dan sungguh bosan. Penat giler tangan menekan-nekan butang-butang tu, apatah lagi aksi berlawan-lawan dan tembak menembak tu. Sungguh penat. Tapi takpa, janji seronok kan. Hilang juga la sedikit sebanyak rasa tension bekerja tu.

PSP slim sekarang ni dah turun harga sikit. Mungkin sebab PSP Go dah keluar. Boring la PSP Go nih. Game dia kena download dari Internet. Kalau orang tu takde Internet camne?

Korang kalau nak beli console ni hati-hati ye. Sebab banyak kedai game sekarang ni. Ada sesetengah kedai tu jual punya la mahal tak hengat. So sebelum beli tu survey dulu banyak-banyak kedai.

To me, buying consoles and games should be an enjoyable and memorable experience :)

Games wishlist

Today is another hectic and boring day. I spent most of my time at workplace surfing the Internet for information about callback functions, SSL, mozilla, and some facebooks. I need some motivations and spiritual healings..

Sekejap saja sudah masuk bulan November. Tak lama lagi adik aku akan menghadapi peperiksaan SPM. Moga dia berjaya dengan cemerlang, amin. Dan tak lama lagi juga, Hari Raya Haji bakal menjelma. Aku pun tak tau berapa hari bulan. Haha.

Dah dua hari aku tak main PSP aku. Sekarang ni musim aku layan Stardust. Aku memang suka sangat game ni. Tembak-tembak yang penuh dengan kacau bilau yang amat mengelirukan dalam skrin. Perghh.. Memang aku suka kacau bilau ni. Menguji tahap konsentrasi aku mengawal kapal angkasa. Haha..

Inshaallah, selepas assignment SSL aku ni siap, aku nak cari Playstation 3 atau Xbox 360. Game yang aku mahu semuanya dah ada dalam plan aku:

Dirt 2
Batman AA
Shift
Fuel
Red Alert 3
Modern Warfare 1 and 2
Civilization Revolution - mungkin. Kadang-kadang aku rasa macam game ni a bit boring.
dan banyak lagilah.

Malas aku nak senaraikan semua :D
Korang suka game apa? Which game do you like most? Which one is worth buying?

Thursday, October 29, 2009

Hoodie

Last few days, I bought myself a new hoodie. yay! It has been a long time for me holding on to my old hoodie... but now, I got a new one. And its a Nike!

In my place, its very hard to find a suitable hoodie for me. Nowadays, a lot of too funky dan too fancy designed hoodies are sold at the superstores. But its not my taste. I like a medium sized and plain-low-profile color.
Finally I got one. Its a bit expensive, but to me its to valuable than the money spent in getting it :)

Do you like hoodie too? Well, I am a big fan :)
One day, I'm going to get myself a hoodie printed with MIT logo. Haha...

Hari ini bosan. PSP kan ada.

Hari aku hari ini teramatlah membosankan. Nak tahu kenapa sungguh bosan? Ni dia aku nak bagi tahu korang semua.

Aku ni paling benci buat kerja yang unplanned dan kerja yang tidak dibekalkan dengan arahan/spesifikasi yang lengkap. Aku paling benci orang berlagak terer, dan berlagak macam bagus, rasa diri terlalu bagus berbanding dengan orang lain. Aku memang bengang. Dan bila aku bengang, orang aku terkejut dengan kebengangan aku dan terus takut untuk bagi aku bengang lagi.

So, jangan buat aku bengang. Aku ni pekerja yang rajin. Aku deliver semua kerja-kerja aku. Tapi jangan bagi aku kerja yang tak spesifik, tapi in the end harapkan hasil kerja yang spesifik dari aku. Memang aku pelangkung la lepas tu. Nak suruh aku buat apa, cakap siang-siang. Cakap bagi jelas, terang dan lengkap.

Feel like want to play Stardust on my Playstation Portable. Hari-hari aku main game ni. Memang aku suka la game shoot them up ni. Then, aku suka juga Pixeljunk Monsters. Sungguh berstrategi game ini! Tapi aku kadang-kadang tension juga tengok musuh-musuh dalam tu. Sungguh menyakitkan hati .. sabar je la.

Game yang bakal aku cari selepas ni adelah Need for speed Shift dan Resistance 2. wacaa..!

Economics yang kalut

Post ini adalah cubaan pertama aku bercakap tentang ekonomi. Aku bukan pakar ekonomi tau.. saja-saja je ni aku tulis apa yang aku fikir.. haha

Tiba-tiba aku terfikir tentang keadaan kewangan aku. Apa taknya, hutang study dulu masih belum langsai lagi. Kena jaga perbelanjaan dengan bijak. Agar tak susah hati sepanjang hidup.

Dalam masa 10 tahun lagi, apa lagi agaknya jenis perbelanjaan aku. Kereta? Rumah? Isteri? Pendidikan anak-anak? Haji? Fuh, banyak lagi wang yang diperlukan ni. Mampukah aku menyediakannya ...

Dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu, macam-macam boleh berlaku. Kena buang kerja, vss, bisnes tak jalan, pejabat ditutup, jenayah, penyakit berjangkit dan macam-macam lagi. Kena bersedia financially dan mentally.. kesihatan juga kena jaga. Sebab kesihatan ni antara modal paling penting utk cari pendapatan. Siapa nak ambil kita kerja kalau kita sakit?

Tiba-tiba aku nak cakap pasal ekonomi pulak.. haha

Ekonomi yang berasaskan wang (sebut sebagai kertas) amat merbahaya. Sebabnya, kertas ni tak being backed up oleh emas. Maknanya, jikalau nilai matawang kita diserang, habislah segala kekuatan duit kita. Maka, kita pun tak mampu nak beli makanan etc.

Pada pandangan aku, lebih baik tukar duit kepada emas, simpan dalam bentuk emas. Atau apa-apa saja material yang mempunyai nilai appreciate. Barulah kita dapat pertahankan kekayaan/wealth kita. Kekayaan dalam bentuk wang ni aku rasa amat merbahaya. Sebab bila-bila je matawang boleh jatuh.

Entah la..aku pun bukan pandai sangat. Fikir sendiri je ...

MIT, anyone?

Susah sangat kah untuk masuk ke MIT? Ada sesiapa yang pernah mohon tak? Ada sesiapa berani mohon? Hehe. Kena power in maths dan science rasanya. Memang tempat tu research mereka tahap gaban kot.

Kenapa ramai orang nak sangat masuk MIT ni? Apa kelebihannya jadi graduate MIT?

How hard is MIT's life and examinations? How hard is it to stay alive at MIT? Anyone has any experience? Mind to share : )

Ada sesiapa pernah study di United States? Orang Amerika ni bagus-bagus kah?

Ayam goreng dan kompaun

Aku baharu saja belajar letak iklan dalam blog aku ni. Selepas ni nak letak lagi gadget yang menarik.

Tengahari tadi aku makan ayam goreng. Dah lama tak makan kat situ. Tiba-tiba masa nak balik ada surat saman pula kat wiper. Bukankah sebelum ni tempat tu takde parking berbayar. Sejak bila pula dah kena bayar.
Alamak kena bayar kompaun la pula....
Selepas ni malas dah parking kat situ.

Astronomi

Tak tahu nak buat apa. Aku bila hilang motivasi sekejap, macam ni lah jadinya. Kena la tunggu sekejap, buat perkara lain dulu sementara mood tu boleh datang semula.

Aku ni bila mood tengah ok, senang je nak buat kerja. Semuanya jadi!
Kat rumah aku ada beberapa buku-buku self help. Bila aku nak cari motivasi ke, aku akan baca balik buku-buku tu berulang kali.

Ataupun aku akan menonton dokumentari berkenaan universe yang aku ada ni. Aku memang minat juga astronomi. Memang eager sangat nak tahu pasal rahsia alam ni. Dulu aku ada beli binocular kecil. Saja nak berlatih stargazing.

Korang pernah dengar tak apa itu dark matter? Aku pun masih lagi tak faham apa bendanya ni. Mungkin namanya begitu sebab ahli-ahli astronomi pun sampai sekarang masih lagi tak tahu perihal dark matter ni dengan sempurna.

Tunda beli XBox dan PS3.

Sebab aku dah register IELTS, aku tundakan dahulu hajat aku untuk memilik permainan console PS3 dan Xbox 360. Aku takde wang yang mencukupi untuk cover semua ni serentak. Biarlah dulu games tu. IELTS ni lagi penting untuk masa depan aku. Aku nak sambung belajar di luar negara. Nak jadi postgrad student. Kalau boleh nak pergi universiti di US. Tengoklah dulu nanti, aku hanya mampu merancang.

Paling kurang, aku dah ada PSP, Nintendo DS Lite, Wii dan PS2! Main la dulu benda-benda sampai rongak. Dah rongak nanti, baharu la tukar games yang baharu. Game bukannya boleh beli hari-hari macam beli ikan. Habis la duit aku yang sikit ni. Haha.

Menduduki peperiksaan IELTS

Dua hari lepas aku ke British Council. Mendaftar untuk ambil peperiksaan bahasa inggeris - IELTS. Aku ambil pakej akademik sebab berhajat nak mohon mana-mana universiti di US atau UK atau mana-mana lah.

Kos exam RM550. Kos buku persediaan RM80. Aku guna kredit kad, sebab aku tak bawa wang tunai. Pendaftaran berjalan lancar. Ramai juga anak-anak muda kat tempat tu. Belajar bahasa inggeris agaknya. Exam aku dalam dua minggu lagi. Doakan kejayaan aku ye. Moga aku dapat band yang menjadi sasaran aku.

Exam ni ada modul - writing, listening, speaking. Kena buka buku tu untuk fahami format exam.

Kurang motivasi.

Today, I'm not feeling motivated.
Rasa mcm bosan pun ada. Bosan dengan sikap manusia yang berat sebelah. Bila aku buat sesuatu, ada saja yang tak kena. Tapi bila orang lain yang buat, semuanya ok.
Aku ni kadang-kadang nak dapat apa pun susah. Sangat susah.
Mujur lah aku ni penyabar. Aku terus berusaha dengan hati yang tabah.
Perseverance is important. Ada orang tak pernah merasai kegagalan dalam hidup. Ada orang terpaksa lalui banyak failures. Orang-orang yang tak pernah gagal ni, aku rasa tak sekuat mana.
Sebabnya, bila tiba giliran mereka gagal, mereka akan rebah tak ingat punya.
So, kesimpulan aku, kpd orang-orang yg tak pernah gagal tu, jangan la terasa diri anda best sangat berbanding orang lain.
Be humble and help those people in need.

Monday, October 19, 2009

I want to fill up this blog!

Hi..

1. Starting from now, I want push myself to write somehitng inside this tiny little blog of mine.
2. It should teach me about disipline and being consistent in any task.
3. I also would like to haave my own readers and followers in the future.
4. I hope that I can write more creatively and attractive for people and friends to read :)
5. Need to find ideas to write everyday..

Hello (my) blog ^ ^

1. This is my first blog.
2. I am not a professional writer. I am writing here just for fun and to spend my free time :)
3. Though, I like reading and writing so much. I own a lot of books, which is most of it are science and self help genre.
4. I like to play games too. But still I'm a casual gamer. Most of the time, I play my Nintendo DS Lite and PSP.
5. I like puzzle games, strategy and car racing or rally. It is so awesome!

Ok, till next post. Bye.